Clausa 5 : Universiti Malaysia Terengganu : UMT Cita Warisan

Assalamualaikum. 
Keputusan Upu dah keluarkan. Tahniah buat adik-adik yang berjaya menempah tempat ke universiti masing-masing.

Ini untuk rujukan untuk mahasiswa dan siswi yang bakal memasuki Universiti Malaysia Terengganu.
UMT, terokaan seluas lautan.


1) Kalau dah selesai pendaftaran online nanti pergi Dewan Sultan Mizan masuk Laluan A ambik pack,kunci bilik dan kad matrik. Selesai
2) Jika bermasalah berkenaan pendaftaran online Laluan B dan C disediakan. Jangan risau hari pendaftaran masih boleh bayar yuran ye.
3) Selepas selesai pendaftaran, haruslah bergerak ke bilik. PESANAN : kereta tak boleh dibawa masuk ke perkarangan asrama. Jadi uolls kena naik bus/disediakan bersama barang dan keluarga anda.
4) Sedikit #TipsMasukUMT Jangan bawa banyak baju dan barang. Bawa yang mana perlu je dik. Almari kecil je.
5) Mungkin ada yang tahu bilik di UMT ada untuk 2 orang dan 3 orang. Tapi biasanya senior je dapat bilik macam tu.
6) kalau rasa barang ta cukup, boleh kelua beli dekat mydin takpun giant tak jauh pun dari UMT tu.
7) Masa di UMT nanti apa-apa kekeliruan boleh tanya fasilitator yang ada. In sha Allah boleh menjawab soalan yang diajukan.
8) sebelum sampai UMT lengkapkan apa yang perlu. Butiran dan borang jangan lupa bawa. Memudahkan kerja photostat sijil dan minta cop pengesahan pengetua lepas tu simpan 2 copy. Satu untuk yang diminta, satu lagi untuk diphotostat bila perlu.
9) Ada soalan? Boleh pm fb/twitter/ comment je kat post ni.
SEMOGA BERJAYA UMT INTAKE 2015/2016.
almari yang kecil comel tu.


katil double decker untuk bilik 4 orang,
meja study yang selesa.


No comments:

Post a Comment