Clausa 3



Langit tak selalunya cerah. Hidup mana ada selalunya indah.
Entah kenapa manusia terlalu banyak kerenah.
Sehingga sering kali harus melayan membuatkan loya nak muntah.
Di satu saat, amarah menguasai diri dan mampu menyembur api.
Semburan dan hamburan itu bukan sahaja amarah,
tetapi rasa letih, penat, lelah, sedih bercampur semua.
Kadang kala hati dan akal tidak mampu menanggung keletihan membuatkan tindakan kita sukar diduga.
Namun,
Bukan semua, 
mungkin ada seseorang yang mampu membuatkan kita sanggup melayan apa saja kerenahnya.
Walaupun sesibuk mana pun kita.

"No one is always busy. Its just depends on what number you are on their priority list."

R.A

1 comment: