Clausa 1

Fakta di mana manusia dan perasaan saling berhubung menjadikan hati dan otak selari bermain dengan emosi.
Rasa marah menular seterusnya dirembeskan kepada orang lain, kadang kala kena pada yang sebetulnya.
Namun, selalunya tersalah orang.
Di saat emosi dikenali sebagai mood swing, habis semua orang dihembuskan rasa marah itu sedangkan kesalahan sekecil kuman menjadi sebesar dino.
Disebalik rasa marah wujud rasa sayang di mana selepas marah manusia akan rasa bersalah.
Tapi manusia tetap ego untuk meminta maaf.
Melalui rasa sayang, manusia sendiri mencipta satu perasaan cinta dimana hatinya diserahkan kepada orang lain.
Ohh manusia, sanggupkah kau mengambil hati yang telah kau berikan kepada si dia?
Dan kembalikan kepada aku.

No comments:

Post a Comment